Beza Tone Plus, Onexox, Hotlink, UMobile, X-Pax, Digi dan Tune Talk
Beza tone excel tone plus
BEZA TONE PLUS (TUNE TALK), TUNE TALK, ONEXOX, HOTLINK, U MOBILE, X-PAX, DIGI
Banyak betul simkad yang ada dipasaran sekarang, Tone
Plus (Tune Talk), Tone Excel (Tune Talk), Hotlink (Maxis), U Mobile, X-Pax
(Celcom), Digi, Altel, Redone, BestMobile dan ada beberapa lagi yang lain.
Bila dah ada banyak
jenis simkad, maka banyak la pakej-pakej yang ditawarkan. Masing-masing telco
bersaing untuk berikan tawaran yang paling menarik kepada pengguna. Akhirnya,
pengguna yang pening nak pilih yang mana satu.
So post in cuba
membuat analisa dan sedikit perbandingan atau beza antara pilihan telco yang
ada dipasaran. Harap post ini membantu sedikit sebanyak pengguna membuat
pilihan yang cocok dengan selera masing-masing.
Orait jom kita lihat
perbezaan antara telco yang ada kat Malaysia ni, tapi tak semua la, kita ambil
yang top-top je. Jika ada salah info mohon diperbetulkan ye..
KRITERIA PERBANDINGAN
Kenapa 7 simkad ini
yang dipilih? Subjek utama perbandingan ialah Tone Plus (Tune Talk). Kita nak
lihat sejauh mana Tone Plus memberikan kelebihan kepada pengguna berbanding
simkad-simkad lain. Perbandingan dibuat dalam kelas yang sama iaitu
perkhidmatan pra-bayar.
Mungkin akan ada
yang mempersoalkan, Tone Plus bukanlah MVNO mahupun pemilik network
infrastructure. Apa yang nak dilihat dalam perbandingan ini ialah manfaat utama
yang pengguna terima iaitu TEMPOH MASA BERBUAL dan JUMLAH DATA. Nanti kita
lihat, simkad mana yang sesuai dengan bajet dan penggunaan bulanan anda!
Sebagai contohnya jika A topup RM30, berapa jumlah data yang A akan perolehi dan berapa lama A boleh berbual di talian. Kita tidak akan nampak manfaat ini jika hanya melihat kepada kadar yang ditawarkan semata-mata. Pengguna hanya nak tahu..
JIKA SAYA BAYAR
BANYAK NI, APA YANG SAYA DAPAT?
Oleh kerana
kebanyakan telco mengenakan caj perminit, kita samakan semuanya perminit supaya
perbandingannya lebih adil. Unit pengiraannya (masa berbual dalam minit) lebih
rasional. Untuk kadar panggilan ini kita ambil kadar ke rangkaian berlainan.
Tak semua kawan kita guna telco yang sama kan? So kita ambil secara umum.
Kita ketepikan juga
kadar untuk nombor favourite atau family & friends atau buddyz kerana ini
hanya terhad untuk beberapa orang sahaja. Caj untuk SMS juga kita tak ambil
kira, sebab dah jarang sangat orang guna SMS sekarang ni. Bagi free sms sampai
beribu-ribu pun no point sangat. Pengguna zaman sekarang lebih prefer WhatsApp,
WeChat dan lain-lain media sosial.
Bagi penggunaan
data, kita kelompokkan kepada pola yang terhampir mengikut jumlah topup.
Contohnya kita anggarkan pengguna yang topup bawah RM50 selalunya gunakan 1-2GB
data, pengguna yang topup mencecah RM100 selalunya menggunakan 3GB data dan
keatas. Hanya langganan bulanan diambil kira dalam perbandingan ini.
Apakah sebenarnya
yang anda boleh dapat dengan data 1GB dan 3GB? Anda boleh rujuk gambar dibawah,
anggaran ini walaubagaimanapun berbeza mengikut jumlah kelajuan dan jenis
smartphone yang anda gunakan.
Beza tone excel tone plus
Jadual perbandingan
telco dibawah kita pecahkan satu persatu, kemudian akan diberikan mata mengikut
kedudukan. Kedudukan ditentukan oleh jumlah masa berbual yang tertinggi dengan syarat pengguna telah melanggan/ menerima sekurang-kurangnya 1GB data.
Contoh bagi kategori pengguna yang topup RM30 sebulan, Tune Talk memberikan masa berbual yang lebih lama iaitu 188 minit dengan data percuma 1GB. Tune Talk akan diberikan 7 mata, tempat kedua ialah Digi dengan masa berbual 150 minit dan 1.5GB data percuma. So Digi akan diberikan 6 mata. Begitulah seterusnya. Kemudian mata bagi setiap kategori ini kita jumlahkan secara keseluruhan.
Contoh bagi kategori pengguna yang topup RM30 sebulan, Tune Talk memberikan masa berbual yang lebih lama iaitu 188 minit dengan data percuma 1GB. Tune Talk akan diberikan 7 mata, tempat kedua ialah Digi dengan masa berbual 150 minit dan 1.5GB data percuma. So Digi akan diberikan 6 mata. Begitulah seterusnya. Kemudian mata bagi setiap kategori ini kita jumlahkan secara keseluruhan.
Tempat pertama = 7
mata
Tempat kedua = 6
mata
Tempat ketiga = 5
mata
Tempat keempat = 4
mata
Tempat kelima = 3
mata
Tempat keenam = 2
mata
Tempat ketujuh = 1
mataBeza tone excel tone plus
Jika anda dalam
kategori topup RM30 sebulan, pilihan anda yang terbaik ialah Tune Talk, anda
ada 188 minit masa berbual dan 1GB data, jika anda perlukan lebih data, anda
boleh langgan tambahan 1GB dengan hanya RM25 ringgit kerana anda masih ada baki
kredit RM30. So tak perlu topup lain. Selepas langgan data tambahan, anda masih
ada baki kredit RM5. Berbeza dengan Digi, jika mahukan data tambahan 1.5GB,
anda perlu langgan dengan harga RM30. Tiada lagi baki untuk anda buat
panggilan.
Di tempat paling
corot ialah x-pax, sebab jika anda topup RM30, anda terpaksa membuat pilihan
samada mahu gunakan RM30 tersebut untuk buat panggilan atau langgan 1GB data
dengan harga RM30. Jika langgan data, langsung tiada baki kredit untuk buat
panggilan.
Jika anda topup RM50
sebulan, dari sudut jumlah panggilan, U Mobile berada di tempat yang pertama
diikuti Tune Talk. Namun jika saya ditempat anda, saya akan pilih Tune Talk
kerana bila anda topup min RM50 sebulan, anda akan dilindungi insurans
kemalangan peribadi sebanyak RM100,000.
Berdasarkan jumlah
mata yang diperolehi oleh telco-telco ini, cadangan pilihan mengikut kedudukan
dan kelebihan yang diberikan adalah seperti berikut:
1. Tune Talk
2. U Mobile
3. Digi
4. X pax
5. Tone Plus
6. One XOX
7. Hotlink
So kalau nak jimat,
boleh pilih Tune Talk atau U Mobile, TAPI KALAU NAK BUAT DUIT.. Saya cadangkan
Tone Plus, sebab bila dah pilih Tone Plus, isu jimat atau tak tu dah tak wujud.
Kerana simkad anda dah jadi sumber pendapatan pasif!
Katakan simkad Tone Plus
dah bayar anda RM300 setiap bulan, anda dah boleh gunakan pendapatan tersebut
untuk topup atau bayar bil telefon. Ia bukan sekadar jimat, tapi PERCUMA terus.
Bila pendapatan anda terus meningkat, bukan setakat topup, malah segala bil dan
perbelanjaan anda boleh dibayar menggunakan duit tersebut.
Bagaimana Tone Plus
bayar anda setiap bulan? Tanya mereka ni http://bit.ly/sahabatsmart
Ataupun terus
hubungi saya 0105055916, nak simkad Tune Talk pun ada, simkad Tone Plus pun
ada..
Sumber rujukan:
Saya setuju dengan entri tn.. Banyak sangat Kelebihan pengguna tune talk.. Mula mula macam kompius aje.. Tp makin lama sy rasa makin mudah dan boleh jimat 100% tambah lagi untung tiap tiap bulan..
ReplyDeleteTp tn. Onexox menawarkan call rate serendah 5sen kesemua telco. Kemudian kita masuk bab internet. Onexox xde caj tersembunyi. Malah tiada istilah "pay per use" dalam telco ini. Jika kuota habis maka tiada tolakan dari kredit kita. Jika kuota masih ada. Siap boleh carried foward. Sy jamin dengan tarikh luput selama 2tahun 4blan seperti yang dijanjikan. Quota kita tiada tarikh luput. Jimatkan?
DeleteMantap . Sy guna onexox. Mmg okay.
DeleteApa beza postpaid onexox dengan teleco lain?
DeleteSaya pengguna Umobile U28 postpaid dan mendapati Umobile memeberi data pelan yang sangat murah kepada pelajar seperti saya. Namun menurut link ini
ReplyDeletehttps://www.lookp.com/blog/perbandingan-pelan-mudah-alih-telco-di-malaysia
saya mendapati coverage Umobile berada di tangga yang terakhir.Patutlah hanya sebahagian kawasan saja yang mempunyai kadar kelajuan yang tinggi.
Nak simkad prepaid yang lebih kurang sama benefitnya macam postpaid?
DeleteOnexox paling jimat,bli data rm50 boleh pakai 5 bln
DeleteDalam istilah penggunaan telco. Saya memilih Simkad Tone Plus sebab saya nak untung bukan jimat..
ReplyDeleteSimkad Tone Plus selain beri data High Speed, saya juga terima point Airasia, Cashback, Insentif dan Insuran Etiqa Takaful cover RM50,000 yg tidak mampu diberikan oleh Telco lain...Segalanya percuma...Boleh Whatsaap saya utk penerangan lebih jelas..0134704110
bnr...now pgguna cari alternatif untuk jana income dgn guna sim... tone plus tone excel tonewow blh bg tu smua... smua berbaloi...
DeleteKalau onexox macam mana dengan penggunaan data contoh 10gb untuk tengok youtube brp lame boleh Pakai?1 Bulan sampai tak kalau 10gb tengok youtube
ReplyDeleteMahyuddin, klw tgk movie kat youtube tu, data 1gb tu maybe lepas kut untuk tgk 1 movie, itupun bergantung gak klw vid tu HD ke x.. video mmg makan byk data.
ReplyDeleteklau sy,xtgok pn utube, data msti hbis 1gb shri untuk fb wsapp insta,tlegram..ðŸ¤ðŸ¤
DeleteOnexox ni ok ke tak sebenarny
ReplyDeleteOnexox mang bagus dan hebat la
ReplyDeletesy pakai xox... tgk cite kat utube...1 gb boleh tgk 2 or 3 movie....kalo bulan ni tak abis pakai...boleh bawak ke bulan depan....jimat dan priktikal
ReplyDeleteTONEWOW BLH BG INCOME PASISSIVE...��
ReplyDeleteapa yg psti,smua telko ada benefit tsndiri... choice in ur hand...😉
ReplyDeletepilihlah telco yang boleh dapat liputn banyak kawasn ...klau laju tp x der coverage pon x guna jg...ada untung tp x der lain pon x leh buat pe
ReplyDelete