6 Rahsia Memikat Prospek


Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian. Apa khabar? Harap semuanya enjoy menikmati cuti akhir tahun bersama keluarga tersayang. Tahun 2015 bakal melabuhkan tirai beberapa hari lagi. Dah set azam tahun 2016?
Saya dah set azam Tahun 2016 saya! InsyaAllah kalau ada masa nanti saya akan share dalam post seterusnya. Salah satu azam saya ialah nak melahirkan lebih ramai proven leader dalam team saya. Anda semua la tu.. Aameen.. :)
Post kali ni saya nak share 6 rahsia memikat prospek. Anda kuasai 6 rahsia ni, maka mudahlah anda nak close-sale. InsyaAllah..
Baru-baru ni saya ada menonton satu video di YouTube, isi dan penyampaiannya sangat best! Dan kebetulan apa yang diulas dalam video tersebut adalah apa yang saya dah praktik sebelum ini. Memang sangat membantu. Tajuk video tu "The Science of Persuasion". Kat bawah post ni saya ada sertakan link video tersebut.
Yang sayang bandwith nak tonton video, saya ringkaskan dan terus kaitkan dengan Tone Plus kat bawah ni. Rahsianya ialah; 

1. RECIPROCITY


Mulakan memberi untuk menerima, yang ni sangat berkait rapat dengan Social Exchange Theory. Pernah dengar what u give u get back..? Lebih kurang la tu. Sentiasa buat baik dengan orang, nanti akan ada balasan kebaikan untuk kita. 
Jangan silap faham, selalu kita dengar orang cakap, kita kena buat baik dengan orang, nanti orang buat baik dengan kita. Yang silap fahamnya ialah bila A buat baik dengan B, A mengharapkan B juga buat baik dengan A. Balasan kebaikan itu boleh dari pelbagai sumber, bukan hanya daripada B, malah orang lain juga. Dan balasan kebaikan itu boleh dalam pelbagai bentuk. So please jaga hati, jika kita dah buat baik dengan orang, jangan ungkit-ungkit jika orang tu tak balas balik. Akan ada bahagian lain untuk kita.
Praktikalnya bagaimana? Sentiasa sediakan sesuatu untuk diberikan, buah tangan dari oversea ke. Alhamdulillah dengan Tone Plus saya sempat melancong trip ekslusif ke Bali, Beijing & Bandung. Kenapa saya kata ekslusif, bukan setakat hotel 5 bintang, malah layanan juga 5 bintang, siap dapat duit poket lagi untuk shopping. Jadi apa saya buat kat sana? 
Saya pergi ke kedai souvenier, saya beli banyak-banyak dan minta penjual tu tulis siap-siap, "Khas buat sahabat SmartGroup", balik je saya bagi sorang satu kepada network dan prospek saya. Ini cara saya bina hubungan, bukan harga yang jadi ukuran, tapi ingatan tu yang penting. 
Sila ingat formula ni, RELATIONSHIP + TRUST = RETURN (pulangan). Pulangan tu boleh berbentuk wang/ jualan, bantuan dan sebagainya.
Paling-paling tak pun sediakan gula-gula untuk diberikan kepada anak prospek. 

2. SCARCITY


Apa kelebihan Tone Plus berbanding simkad lain yang biasa? Anda kena tunjukkan nilai atau manfaat jika prospek upgrade ke Tone Plus. Bagaimana simkad ni boleh bantu selesaikan masalah prospek?
Ini antara contohnya secara umum, simkad Tone Plus ni boleh buat duit, boleh dapat banyak manfaat, boleh bantu prospek langsaikan hutang dan sebagainya. Untuk lebih power, study dulu tentang prospek anda, senang anda nak matching nanti, bila dah match, jangan terkejut kalau prospek terus borong simkad daripada anda tang-tang tu juga. Hahahaha.. Proses Prospect Inspection ni selalu saya share secara terperinci dalam sesi coaching dengan SahabatSmart (wakil kawasan). Lebih mudah faham bila face-to-face. Sesi coaching ni salah satu program berkala yang kita buat di SmartStation. Tak caj pape pun, percuma.. yang penting Sahabat dapat manfaat.
Selalunya bab scarcity ni ramai yang akan cerita pasal kelebihan Tone Plus. Terutamanya keunikan Reverse2up, sistem auto generate network. Semua yang buat Tone Plus pun ada benda ni, sebab program yang sama, so kenapa prospek tu kena upgrade dengan anda bukan orang lain?
Disinilah anda kena main peranan. Apa lebihnya upgrade dengan anda? Apa yang dia akan rugi kalau tak upgrade dengan anda? Dua-dua kena cerita! Key utama ialah SERVIS. Kalau dia bersama anda apa yang anda boleh offer..
Ayat mudah.. "Jom la bro.. kita buat sama2.. aku serius dengan Tone Plus ni.. papehal kita boleh diskas.. rumah pun dekat je.. mudah nak jumpa.."
Ataupun jika anda ada group.. "Upgrade simkad dengan aku la bro.. ada support group.. memang happening la bro, tanya apa je mesti diorang support.. ada website promosi lagi.. ada apps.. ada flyers.. buku manual.. segalanya lengkap bro.. pastu sebagai sahabat kita boleh dapat harga special.. nak naik pangkat nanti pun ada cara mudah.. diorang akan bantu.. berpuluh-puluh orang dah berjaya naik pangkat macam tu je.."

3. AUTHORITY


Jika anda masih baru, ajak senior upline anda sama-sama untuk jumpa prospek, kepercayaan tu penting, bukti.. paling penting masa nak perkenalkan.. "Ni upline aku, PSC NoraDanesh.. orang lama ni.. income pun dah 5 angka.. papehal ko tanya la dia.. bukan senang nak jumpa dia ni.."
"Bukan senang nak jumpa" tu keyword penting. Tunjukkan yang peluang untuk jumpa ni bukan senang.. limited..! So prospek akan lebih hargai sesi dan peluang yang anda sediakan.
Lagi satu, kan dah ramai artis-artis yang dah upgrade simkad mereka ke Tone Plus, gugel pic diorang dan simpan dalam handset, tunjuk kat prospek. Pemain-pemain team bola sepak The Red Warrior Kelantan pun dah upgrade ke Tone Plus.

4. CONSISTENCY


Jangan pernah berputus asa untuk sharing. Hidayah ni kita tak jangka.. kadang-kadang orang yang kita pernah share 2 tahun lepas hari ni datang balik jumpa kita nak upgrade simkad. 
Kadang-kadang bila kawan kepada kawan yang tanya, kawan tu perkenalkan kawan tu kat anda. Kan rezeki tu, dan jangan lupa offer la kawan yang perkenalkan tu untuk upgrade sama, dia pun prospek anda juga. "Bro, kawan ko nak upgrade simkad ni.. aku register bawah ko eh.. ko daftarla dulu satu.. nanti setiap kali kawan ko topup, ko akan dapat 13% bro.."
Tapi kalau orang tak tahu anda buat bisnes Tone Plus, macam mana orang nak datang cari anda nanti? So hiasilah wall facebook anda or whatsapp status or any other social platform anda dengan sesuatu yang orang tahu anda pengedar Tone Plus.
Logik mudah, dah ade kedai cantik-cantik tapi tak nak letak papan iklan, mana orang nak masuk.. Melainkan pusat urut or pusat judi, itu lainlah..

5. LIKING


Selalunya mudah untuk kita close-deal dengan orang yang ada sama value dengan kita. Senang cerita, jenis yang satu geng. Contoh value ialah minat atau hobi, negeri asal, bahasa, sekolah, jantina dan lain-lain. Katakan prospek anda minat bola, bila jumpa cuba untuk borak pasal bola, baru ngam! Nak lagi bagus, cuba korek info apa yang prospek tak minat, so setiap kali jumpa prospek tu, hati-hati dengan topik yang dia tak minat.
Lagi satu contoh kalau dah tahu prospek orang Kelantan sama dengan anda, jangan la cuba-cuba nak cakap KL. Cakap je loghat kelate, prospek lebih selesa.. Tapi kalau anda bukan orang kelate, jangan cuba-cuba, rosak bahasa tu nanti.
Lagi satu contoh, cuba puji tempat dia, katakan bila anda tanya prospek dari mana, dia cakap Sabah, so anda ke buat excited la sikit. "Ooo Sabah, saya pernah sampai dulu, cantik-cantik la tempat dia, orang kat sana pun peramah, memang best sangat-sangat, nanti kalau ada masa nak pergi lagi lah.."
Jangan tipu dah la, kena dia tanya lebih-lebih anda tak boleh jawab plak nanti. Jaga TRUST prospek anda, ingat formula yang saya share tadi.

6. CONSENSUS


Ikut-ikutan.. Fenomena.. Trend.. Apa lagi perkataan yang sesuai.. Musim.. Manusia memang akan terpengaruh dengan persekitaran sosial mereka (Social Identification Theory).
Contoh mudah, sabtu lepas final piala FA, so semua orang bercerita tentang bola, yang tak minat bola pun jadi tengok bola. Kenapa dia tengok walaupun tak minat, kemungkinan sebab kawan-kawan dan semua bercerita, penuh di wall facebook cerita bola, so seolah-olah kalau tak tengok bola tu sesuatu yang pelik.
Dan ayat yang paling best adalah selepas tu.. "Tengok bola semalam??" Anda yg tak tengok akan terpinga-pinga..
Cuba apply dengan Tone Plus. "Bro.. dah upgrade simkad? Ramai geng-geng kita dah upgrade.. keahlian dah lebih 100,000 orang dah bro.."
"Geng2" tu ada unsur2 AUTHORITY.. maksudnya kita highlightkan kawan-kawan yang dah sertai, prospek lebih percaya, sebab kawan-kawan semestinya orang yang punya persamaan dengan kita. LIKING..

Itulah 6 rahsia memikat prospek, selamat mencuba.. Cuba olah mengikut kesesuaian anda, ini link video tu;

No comments

Powered by Blogger.