Apa beza Tone Plus dan Tone Excel?



Oleh kerana ramai yang tanya apa beza Tone Plus dengan Tone Excel, saya akan cuba perincikan supaya anda faham. Sebelum anda baca dengan lebih lanjut, anda kena set dalam minda anda.. Kedua-dua program samada Tone Plus atau Tone Excel MEMPUNYAI KELEBIHAN MASING-MASING..

Nak pilih yang mana tu terpulang kepada citarasa masing-masing.. Tepuk dada tanya selera.. Masing2 punya strategi yang tersendiri..

Orait.. Kita terus kepada topik kita.. Saya akan senaraikan perbezaan dan kelebihan Tone Plus dan Tone Excel mengikut pandangan saya.. Jika ada yang anda tidak setuju, saya raikan.. Sebab masing-masing punya hak untuk berikan pandangan.. Tapi kalau ada silap fakta, mohon betulkan saya..

Manfaat asas semua sama, tiada beza antara Tone Plus dan Tone Excel..

Jika Tone Plus dapat data percuma, Tone Excel pun sama..

Jika Tone Plus ada cabutan hadiah BMW, Tone Excel pun sama..

Yang kelebihan tu anda boleh tengok kat SINI


So Apa Beza Tone Plus dan Tone Excel?



1. Umur Syarikat


Anda harus tahu yang Tone Plus dan Tone Excel adalah adik beradik, kedua-duanya dibawah Tone Group. Ahli lembaga pengarah Tone Plus dan Tone Excel adalah orang yang sama.

Tone Excel dilancarkan pada 10 Februari 2010.
Tone Plus dilancarkan pada 19 Oktober 2012.

Walaupun Tone Plus dilancarkan pada 2012, program ini mula mendapat sambutan pada penghujung 2013 selepas penambahbaikan demi penambahbaikan telah dilakukan oleh pihak syarikat. Well done Tone Group!

Kelebihan Tone Excel

Mudah nak closing sebab ahli dah ramai, dah sejuta lebih ahli. Semua orang pun dah kenal Tone Excel. Testimoni pun banyak. Prospek lebih yakin.

Kelebihan Tone Plus

Ahli terkini (awal Mei 2016) melebihi 150,000. Purata 400 pendaftaran ahli baru setiap hari. Maksudnya market masih luas, peluang masih banyak untuk diterokai.



2. Yuran Keahlian


Yuran keahlian untuk menyertai program Tone Plus dan Tone Excel adalah sama iaitu RM98.60 (harga termasuk GST). Yang berbeza ialah belian simkad kedua dan seterusnya selepas menjadi ahli.

Tone Excel beli RM98.60
Tone Plus beli RM78.60

*Ini harga untuk normal member, harga berbeza mengikut pangkat. Rujuk jadual dibawah.



Kelebihan Tone Excel

Tiada isu harga.

Kelebihan Tone Plus

Ahli boleh restok dengan modal yang rendah. Contohnya dengan modal RM786 sahaja ahli dah boleh dapat 10 simkad. Manakala untuk menjadi Service Center hanya bermodalkan RM8,952 sahaja.



3. Untung Runcit


Untung runcit Tone Plus dan Tone Excel sama, iaitu RM20 bagi setiap simkad. Bezanya..

Tone Excel masuk bank.
Tone Plus dapat tunai.

Kelebihan Tone Excel

Ada rekod transaksi kemasukan untung runcit ke dalam bank. Boleh dijadikan testimoni kepada prospek. Prospek lebih yakin Tone Excel boleh buat duit. Contohnya boleh promo kerja dengan gaji 3x sebulan.

Kelebihan Tone Plus

Tak perlu tunggu masuk bank, boleh dapat terus kat tangan apabila prospek bayar. Duit ini boleh digunakan untuk belanja prospek time closing. RM20 dapat full tanpa perlu tolak RM3 caj transaksi bank.



4. Minimum Topup


Setiap ahli Tone Plus dan Tone Excel perlu topup minimum setiap bulan untuk layak dapat komisyen topup.

Tone Excel topup min. RM20 dan RM60
Tone Plus topup min. RM30
*Ini topup min. untuk normal member, ia berbeza mengikut pangkat. JC, SC dan PSC topup min RM80, BR dan PBR topup min. RM100.

Kelebihan Tone Excel

Ahli ada pilihan untuk pilih jumlah topup min. mengikut kemampuan. Jumlah komisyen berbeza mengikut jumlah topup min. Rujuk gambar di bawah.



Kelebihan Tone Plus

Hanya satu kadar topup min. yang rendah iaitu RM30, terus layak untuk dapat komisyen 13% tanpa mengira level.



5. Pelan Pemasaran


Yang no. 5 ni antara beza Tone Plus dan Tone Excel yang paling ketara. Anda baca dan faham betul-betul. Untuk pelan pemasaran:

Tone Excel guna Unilevel.
Tone Plus guna Reverse 2up.

Kelebihan Tone Excel

Walaupun komisyen hanya boleh dimakan sehingga level 3, banyak strategi boleh digunapakai seperti strategi 'sate'. Lihat gambarajah dibawah:


Strategi ni anda kena buka 3 akaun, tak kisah atas nama siapa. Semua atas nama anda sendiri pun boleh. Kalau sayang bini, letak la nama bini satu. Contoh A1, A2, A3.. Dah siap cucuk sate, anda boleh mula rekrut ahli baru (D1 - D7) dan susun semuanya dibawah akaun ketiga anda (A3).

Apabila D1 - D7 topup, ketiga-tiga akaun anda akan dapat komisyen. A1 dapat 13% (sebab D1 - D7 adalah level-3 A1), A2 dapat 3% (sebab D1 - D7 adalah level-2 A2) dan A3 dapat 10% (sebab D1 - D7 adalah level-1 A3). Contoh diatas dengan andaian anda dan semua orang topup min. RM60 setiap bulan. So berapa yang anda dapat. Jom kita kira satu-satu:

Komisyen A1:


Level 1 = [RM60 x 1 (A2) = RM60 x 10%] = RM6.00

Level 2 = [RM60 x 1 (A3) = RM60 x 3%] = RM1.80

Level 3 = [RM60 x 7 (D1 - D7) = RM420 x 13%] = RM54.60

Total = RM62.40

Komisyen A2:


Level 1 = [RM60 x 1 (A3) = RM60 x 10%] = RM6.00

Level 2 = [RM60 x 7 (D1 - D7) = RM420 x 3%] = RM12.60

Total = RM18.60


Komisyen A3:


Level 1 = [RM60 x 7 (D1 - D7) = RM420 x 10%] = RM42

Total = RM42.00


Total Komisyen A1 + A2 + A3 = RM123*

*Perlu ambil kira kos untuk min. topup 3 akaun x RM60 = RM180


Kelebihan Tone Plus

Di Tone Plus, hanya dengan 1 akaun sahaja, tapi strategi fokus direct sponsor. Ambil contoh dengan jumlah network yang sama seperti dalam contoh Tone Excel diatas = 10 orang.

Katakan anda A1, dan anda ada 9 direct sponsor.

Komisyen A1:

9 x RM60 = RM540 x 13% = RM70.20*

*Perlu ambil kira kos untuk min. topup 1 akaun x RM30 = RM30

Ini adalah komisyen pada bulan pertama, sistem Reverse 2up akan bantu kembangkan network anda pada bulan-bulan seterusnya secara INFINITI TANPA HAD LEVEL. Network akan berganda dengan nisbah 1:3 secara automatik. Dengan hanya duplikasi 4 ahli, terus layak komisyen 13% secara infiniti.

Rujuk video ini untuk lebih faham:




6. Pangkat


Tone Excel dan Tone Plus menawarkan laluan kerjaya yang sangat bagus kepada ahli. Ramai yang telah berjaya perolehi pendapatan yang lumayan melalui program ini. 

Tone Excel mempunyai 3 pangkat:
1. Junior Center - belian 120 simkad x RM95.60 = RM11,472
2. Service Center - belian 250 simkad x RM94.60 = RM23,650
3. Branch - belian 1,500 simkad x RM89.60 = RM134,400

Tone Plus mempunyai 4 pangkat:
1. Service Center - belian 120 simkad x RM74.60 = RM8,952
2. Premium Service Center - belian 250 simkad x RM73.60 = RM18,400
3. Branch - belian 1,500 simkad x RM70.60 = RM105,900
4. Premium Branch - lantikan syarikat (tidak ternilai!)

Kelebihan Tone Excel dan Tone Plus

Tone Group ternyata menyediakan platform dan laluan kerjaya/ bisnes yang terbaik kepada ahli. Beza disini hanyalah pada Premium Branch di Tone Plus. Ianya adalah lantikan syarikat berdasarkan prestasi setiap leader (tak boleh naik melalui belian simkad).



7. Insentif Kepimpinan


Disamping komisyen topup, apabila ahli dah naik ke pangkat-pangkat tertentu, Tone Plus dan Tone Excel akan memberikan insentif kepada mereka sebagai penghargaan kerana membantu memajukan bisnes ini.

Tone Excel membayar overriding kepada leader.
Tone Plus membayar royalti kepada leader.


Kelebihan Tone Excel

Overriding adalah komisyen yang leader (JC, SC, BR) dapat ke atas network masing-masing. Semakin besar network, semakin banyak komisyen. Kadar berbeza-beza mengikut struktur pangkat yang ada dalam network tersebut. Lihat jadual dibawah (Sumber = Borang HQ):




*Branch overriding terkini 5.5%. Boleh override Branch di level 1 = 2% dan di Branch di level 2 = 1%.

Katakan anda Branch, anda layak menerima overriding 5.5% ke atas network anda. Jom kita kira berapa potensi overriding anda. Katakan network anda ada 10,000 ahli. Masing-masing topup RM60. 

Kita andaikan dalam network anda, hanya anda seorang yang Branch, tiada Branch lain mahupun Service Center. Ini untuk memudahkan kiraan kerana overriding anda akan berbeza pengiraannya jika ada Branch atau Service Center dalam network anda. 

Contohnya gambarajah network dibawah, apabila ada lain-lain pangkat dalam network anda, overriding anda akan diagih-agihkan. Jadi struktur tersebut terlalu subjektif untuk dijadikan contoh.



So potensi overriding anda sebagai Branch solo ialah:

10,000 ahli x RM60 x 5.5% = RM33,000


Kelebihan Tone Plus

Royalti adalah komisyen yang leader (SC, PSC, BR, PBR) dapat ke atas setiap simkad yang diedar tanpa mengira network. Royalti ini tidak akan berkurang sekiranya downline naik pangkat samada sama level atau lebih tinggi daripada anda.

Katakan anda Premium Branch, anda layak menerima royalti 6% ke atas setiap simkad yang diedar (termasuk bukan daripada network anda). Jom kita kira berapa potensi royalti anda. Katakan network anda ada 10,000 ahli. Masing-masing topup RM60. 

Potensi royalti anda sebagai Premium Branch:

10,000 ahli x RM60 x 6% = RM36,000


Selain royalti tidak berkurang apabila downline naik pangkat, leader di Tone Plus juga akan menikmati tambahan komisyen topup apabila mereka naik pangkat. Lihat jadual dibawah:


Katakan anda Premium Branch dan anda menaja direct, anda akan dapat total komisyen 17% + 6% = 23%.

Nak lagi best anda boleh main strategi sate kat sini. Katakan anda ada akaun Premium Branch, Branch, Premium Service Center dan Service Center.. 

Anda taja direct anda dapat komisyen topup 17% + royalti 6% + 4.5% + 3.5% + 1% = 32%!!!

Malah jika fokus kepada royalti sahaja pun anda dah ada 15% ke atas setiap simkad.


Lagi satu kelebihan sistem royalti ialah, ahli boleh fokus untuk mengedar simkad walaupun tanpa network. Lihat contoh akaun PSC dibawah, total network yang berdaftar bawah PSC tersebut hanya 4 orang, dan jika dilihat daripada bulan Januari sehingga April 2016, tiada penajaan pun dibuat. Namun pendapatan pasif daripada akaun tersebut tetap berjalan hasil daripada royalti simkad.


Kesimpulan


Orait, cukup dulu saya share 7 beza Tone Plus dan Tone Excel serta apa kelebihan masing-masing. Ada lagi beberapa sudut yang saya tak sempat nak sentuh. InsyaAllah ada masa nanti saya update.


So sebagai kesimpulannya saya boleh rumuskan yang kedua-dua program ini memang sangat hebat! Anda pilih yang mana paling sesuai dengan anda dan fokus betul-betul. Kejayaan pasti milik anda. Sehebat manapun sesuatu program tu, kalau kita tak bersungguh-sungguh. Tak kemana juga.. Betul tak?


Jika ada sebarang pertanyaan ataupun perkongsian mohon wasep saya terus di 0105055916 ataupun pm di facebook saya.


18 comments:

  1. Terima kasih tuan atas perkongsian hebat mengenai bisnes Tone plus dan tone excel ini.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian. Dapat saya menambah ilmu dalam bisnes ini. Harap ada lagi maklumat baru untuk masa akan datang

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian. Dapat saya menambah ilmu dalam bisnes ini. Harap ada lagi maklumat baru untuk masa akan datang

    ReplyDelete
  4. If ada yang nk join Tone Plus boleh whatsapp/call saya
    011-23777288 Mr.Khai

    ReplyDelete
  5. BUT.. sya nak tnya ..saya da beli toneplus n kklkn no lama ,tetapi sim lama sya tercicir dan xbole reply msg yg Tonplus hntr ke sim lma sya tu uyk kklkn no lama . so sy xbole login tonegroup pnya web tapi sim Tp ni msih bole pkai . So mcm mna nak tukar port ni balik? dealer dia pun xtau mcm mna ???

    ReplyDelete
  6. BUT.. sya nak tnya ..saya da beli toneplus n kklkn no lama ,tetapi sim lama sya tercicir dan xbole reply msg yg Tonplus hntr ke sim lma sya tu uyk kklkn no lama . so sy xbole login tonegroup pnya web tapi sim Tp ni msih bole pkai . So mcm mna nak tukar port ni balik? dealer dia pun xtau mcm mna ???

    ReplyDelete
  7. Ada step tak tukar tone excel ke tone plus? Wasap .. 0135558994

    ReplyDelete
  8. wah! terbaik. Info yang bermanfaat

    ReplyDelete
  9. Jom join bisnes simcard tune talk tone plus ni bersama saya. Kita buat sampai jadi. Pm saya 01139598170

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas bantuan info yang sangat baik untuk di rujuk. :') Sesiapa mahu join Tone Excel melalui saya, boleh whatsapp ke 013 869 3858 atau klik ke Link ini http://exceltrustagent.blogspot.com (Excellent Way out EWO).. Ataupun boleh klik ke http://www.gajimasyuk.com/mmg/maureen. :')

    ReplyDelete
  11. Yang Mau daftar Tuneplus cari Alex di 01153560910
    Bersama Berjaya

    ReplyDelete
  12. macam mana nak buat link tone plus tu..

    ReplyDelete
  13. Terima kasih sangat bermanfaat,lagi best jika bisa international

    ReplyDelete

Powered by Blogger.