Pengumuman Terkini: Perubahan Kadar dan Promosi Terbaru Tone Plus dan Tone Excel Jun 2016

Pengumuman terkini telah di upload oleh pihak Tone Plus dan Tone Excel ke laman web rasmi syarikat. Kebanyakan ahli memberikan reaksi yang bercampur baur dengan pengumuman terbaru tersebut. Ada 3 pengumuman yang dibuat:



1# PINDAAN KADAR SMS DAN DATA UNTUK PAY PER USE


Kadar SMS telah dinaikkan daripada RM0.10/sms kepada RM0.12/sms. Manakala kadar penggunaan data untuk pay per use (bukan promo bucket) telah diturunkan daripada RM0.10/mb kepada RM0.08/mb. Kadar panggilan tiada sebarang perubahan.





Kenaikan kadar SMS tidak memberikan impak yang besar kepada pengguna kerana zaman sekarang penggunaan SMS telah menurun. Pengguna lebih gemar menggunakan aplikasi sosial seperti WhatsApp, WeChat, Telegram dan sebagainya.

Walaupun begitu, pihak syarikat telah memberikan SMS percuma kepada pengguna sebagai ganti melalui Promosi Topup Jun 2016.



2# PROMOSI TOPUP JUN 2016


Promosi FREE DATA MADNESS yang dijadualkan berakhir 31 Jun 2016 telah ditamatkan lebih awal bagi memberi laluan kepada promosi terbaru yang lebih menarik.




Data percuma telah digantikan dengan SMS dan PANGGILAN PERCUMA. SMS percuma hanya untuk sesama rangkaian manakala panggilan percuma untuk SEMUA RANGKAIAN.

Promosi ini dijangka lebih menarik minat golongan pertengahan umur yang jarang menggunakan data. Makcik-makcik kat kampung memang suka kalau dapat free call ni.

*update: hahaha.. pengumuman ni dibuat 31 Mei 2016.. tup.. tup.. ada lagi pengumuman terbaru 3 Jun 2016.. Tone Group memang prihatin dengan luahan pengguna yang inginkan penjimatan dan data percuma.. kipidap Tone Group..







So nak topup berapa yang paling cun jika guna promo ni? Saya sarankan topup dengan 2 amaun sahaja. RM30 dan RM50. Lihat trick di #4.

Tapi bagi pengguna data yang besar, pengumuman ketiga yang dibuat oleh Tone Plus ini memang sangat berbaloi.



3# THE HOT 60 PLAN


Dengan hanya topup RM60, pengguna boleh menikmati PANGGILAN PERCUMA KE SEMUA RANGKAIAN TANPA HAD dan juga DATA PERCUMA 2.5GB.




Tapi, ada tapinya.. Topup hanya boleh dibuat melalui HQ ataupun melalui TGMMS (website). Single topup dan RM60 tersebut akan ditolak daripada akaun pengguna (komisyen). So komisyen kena lebih RM60. Kalau tak nak tolak komisyen boleh bank-in juga (leceh..). Kalau yang dekat-dekat boleh terus ke HQ dan bayar tunai. Tak pun minta je upline yang dekat dengan HQ tolong topupkan.

* update: sekarang dah boleh topup guna e-reload.. means sistem topup yang ada kat pasaran macam topup68 dan ohsembiztopup.com tu dah boleh guna.. mudahlah.. pengguna dah tak perlu kemana-mana, anytime je boleh topup.. dapat jimat lagi 7-8% setiap kali topup.. jika nak sistem topup ni just wasep saya direct..


Terma dan Syarat:


1. Promosi ini bermula 1 Jun 2016 sehingga diberitahu kelak.

2. Hanya untuk pengguna Tone Plus dan Tone Excel.

3. Belian hanya boleh dibuat melalui HQ TONE GROUP ATAU TGMMS SAHAJA.

4. Promosi, bonus atau manfaat lain yang diperolehi apabila topup RM60 tidak akan terpakai.

5. Topup selain daripada cara di no. 3 tidak akan terpakai.

6. Pakej ini sah untuk tempoh 30 hari.

7. Nilai topup RM60 tidak akan dikreditkan kepada pengguna sebagai airtime. Tolak terus untuk beli pakej ni.

8. Jika terlebih guna (data) akan dicaj mengikut kadar biasa.

9. IDD call dan roaming tak termasuk dalam pakej. Kira lain.

10. Jika pengguna ada melanggan data plan yang lain, kuota akan diambil daripada plan yang akan tamat lebih awal. Kemudian baru guna kuota data plan yang baru.

11. Nak check status boleh dial *134#

12. Jika dah langgan pakej yang sama sebelum ini, bila langgan pakej yang baru (juga pakej yang sama), pakej yang lama akan hilang.

13. Nak tanya apa-apa boleh call direct 13100.

14. Nak tahu lagi detail boleh tengok website Tone Plus.




4# TOPUP RM50 DAPAT 2.5GB DATA + 129 MINIT FREE CALL


1. Topup RM50, dapat extra RM10 + 1.5GB free data + 50 minit free call

2. Jika data 1.5GB tu dah habis, beli data 1GB dengan harga RM38.

3. Ada lagi baki RM22. Jika guna untuk bercakap (28sen/minit) dapat 79 minit. Jika dicampur dengan 50 minit yang free tadi totalnya ialah 129 minit!

4. Topup RM50 layak dapat komisyen dan PA Insurans RM100,000


Ingat.. ini bisnes kita.. sama-sama kita jaga dan kembangkan.. keep on educate your network..



Kalau ada pape nak tanya jangan segan2 wasep Paksu: 0105055916


10 comments:

  1. yg data plan tu dh tak valid dh sebab baru2 ni sy topap rm30 cuma dapat 1gb data utk 15 hari je. selalu utk 30 hari jd bg sy yg nak guna data rasa pelan baru ni langsung tak best menyebabkan sy mgkn akn beralih ke prabayar yg lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup btul tu.. dlu pilih tunetalk/toneexcel sbb dpt free 1GB untuk sbulan.. skrng 15 hari je..

      Delete
  2. Betul sangat2 sebelum nak buat plan promosi fikirkan laa org yg kurang mampu ada ker patut 15 hari jer data plan agak2 laa.. mmng rasa nak tukar prabayar lain lebih bagus bab data sayang you..

    ReplyDelete
  3. Klw nak tukar plan apa2 sekalipun fikirkanlah org yg tak berkemampuan agak2 la nak topup 1bln 2 kali apa ingat semua org berduit ker.. mmng sy nak tukar kpd prabayar yg lain klw tune exel tidak mengambil timdakkan yg bijak menyusahkan pengguna seperti sy ni.

    ReplyDelete
  4. betul..sy pun nk tukar ke prabayar lain.aagak2 la..war war kan dulu sblm sbrg perubahan.ini..yg kepala pun xde bgtau apa2..skrg topup dh xdapat apa2 free data.

    ReplyDelete
  5. Sy pn naik seram dn pening nk xplain kt subline sy... Sbb satu2 sbb mereka join TE ni sbb rm30 free 1gb selama sebulan... Ni dh jadi 15 hr... Seorg subline sy dh pn tgglkn TE.... Dah la simcard dia sy yg taja...

    ReplyDelete
  6. sy selalu buat mcm ni. sebulan topup 30 so free 1gb data , mmg x cukup smpai sebulan. So another separuh bulan tu aku guna kan credit 30 tu utk susbscribe daily pnye data plan. Yeaa even upline aku sendiri pun dh x join bisnes ni padahal dulu sembang kencang bagai

    ReplyDelete
  7. sy pun tggl jgk tone excel sbb dia tamatkan plan rm60 tuu..
    ni dia nak buat pulak plan rm60 tapi dgn 1000minit free call.. tapi terlambat dah.. senang senang je tukar plan. ada plak data hidup 15 hari je.. nak suruh org topup 2 kali sbln.

    tone excel i hate u!

    ReplyDelete
  8. I guna Digi...10gb data sebulan dan free calling mana2 talian.Tune talk..linenya ciput..Digi byr Rm50 sebulan..ckup puas hati.

    ReplyDelete
  9. I guna Digi...10gb data sebulan dan free calling mana2 talian.Tune talk..linenya ciput..Digi byr Rm50 sebulan..ckup puas hati.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.