Ramai orang dah buat Tone Plus, tapi kenapa prospek kena beli dengan kita, apa kelebihan kita?

Kita semua dah tahu yang Tone Plus tu banyak manfaat dan banyak kelebihannya. Sekarang purata pendaftaran sekitar 500 pengguna baru setiap hari. Semakin ramai yang celik, mereka diluar sana mula sedar betapa ruginya bayar bil/ topup setiap bulan tanpa apa-apa manfaat..


Beli dengan mana-mana pengedar Tone Plus pun sama je..


Kita semua pun tahu, simkad Tone Plus ni kalau beli kat mana-mana pun sama je kelebihannya. Sebab syarikat memang dah setkan. Kelebihannya semua sama..

Kalau simkad Tone Plus yang dibeli daripada pengedar A topup RM30 percuma data 1.5GB, simkad yang dibeli daripada B tetap dapat percuma data juga.

So tak kisahlah kan nak beli dengan sape-sape pun. Sama je..

Hello..! Tak sama bang.. Bila prospek tadi beli dengan orang lain, abang tak dapat la komisyennye..

Itu dari pandangan anda sebagai pengedar.. Tapi prospek dapat benda yang sama juga.. Betul tak?

So.. Apa perlu buat? Mudah sahaja.. Berikan nilai tambah kepada bisnes Tone Plus anda..!


Salah anggap tentang Tone Plus!


Ramai yang salah anggap tentang bisnes ini. Mereka menganggap bisnes ni hanya semata-mata menaja. Dapat jual simkad, dapat pengguna baru, dah.. siap! Pastu tinggal macam tu je.. Cari orang lain pula..

Jika begini sikap dan konsep yang anda bawa. InsyaAllah tak lama bisnes anda. Keuntungan anda pun hanya sekadar runcit RM20 tu jelah.. Itu kalau jual harga penuh, ada yang jenis buang harga tu kira rugi macam tu je lah.. Pelanggan takkan lama dengan Tone Plus..

Anda kena ingat.. Nadi kepada Tone Plus adalah KOMISYEN TOPUP & ROYALTI.. Long term game.. Bukan sekadar untung runcit! Itulah namanya pendapatan pasif.. Buat kerja sekali, untung berkali-kali.. Dan paling best untung sampai bila-bila selagi mana simkad yang anda jual tu masih aktif..

So bisnes Tone Plus ni bukan sekadar menjual, tapi melibatkan hubungan, kepercayaan dan teamwork. Bila melibatkan hubungan, anda perlu jaga customer anda. Berikan servis yang terbaik. Berikan offer yang terbaik. Jika anda tak jaga servis, pelanggan akan matikan simkad. Mati simkad maka matilah pendapatan anda..


Kenapa orang kena beli simkad dengan anda?


So, ini adalah 4 FAKTOR UTAMA kenapa orang harus beli simkad daripada anda! 
Anda jaga 4 faktor ini, insyaAllah semakin ramai orang yang akan memilih untuk menjadi pelanggan setia anda..


Bagitahu mereka yang anda pengedar Tone Plus!


Yang ni paling basic, jika orang tak tahu anda jual simkad Tone Plus, macam mana mereka nak beli simkad dengan anda? So anda kena sentiasa share dengan orang yang mereka boleh dapatkan simkad daripada anda..

Macam mana nak share? Apa yang kena share?

Perasan tak apa persamaan premis dan kedai-kedai kat Malaysia ni? Mereka semua ada signboard kan? Sebab mereka nak bagitahu pelanggan tentang bisnes mereka.. Baru orang tahu.. Kalau takde signboard nanti tak pasal-pasal pulak pelanggan nak pergi dobi tapi termasuk rumah urut.. Nanti lain pula jadinya..



So kalau anda yang tiada kedai ni macam mana nak buat? Anda ada facebook kan? Whatsapp? WeChat? Semua media social ni ada profile dan status betul tak? Ubah gambar profile dan status anda supaya orang tahu anda adalah pengedar sah Tone Plus..

Banyak lagi cara.. Nanti saya share detail dalam next post..


Fahami kehendak/ masalah prospek anda


Saya selalu tengok dalam post-post di facebook berkenaan Tone Plus dan kelebihannya, tapi lebih kepada one way sharing.. Anda share hanya kelebihan semata-mata.. Sorry to say.. Macam syok sendiri.. Tapi tak cerita pun bagaimana Tone Plus ni boleh bantu prospek anda..

Saya bagi contoh mudah, kelebihan utama Tone Plus adalah untuk jana pendapatan. Dan anda selalu duk post pasal Tone Plus ni boleh jana pendapatan. Prospek sebenarnya dah lali dengan istilah dan ayat tu. Berapa banyak bisnes dan program diluar sana yang offer benda yang sama.

Contohnya antara masalah utama prospek ialah terbeban dengan hutang.. Mungkin anda boleh ubah sharing anda tu kepada..

"Anda dah buntu dengan masalah hutang? Apa kata kali ni anda bagi peluang kepada handphone anda untuk bayarkan semua hutang-hutang anda.. Biar saya tunjukkan caranya.."

Dalam masa yang sama anda offer diri untuk tunjukkan solusi atau penyelesai kepada masalah prospek anda tu..


Anda ada offer yang lebih menarik.


Anda harus faham yang produk simkad ni agak teknikal, terutamanya simkad Tone Plus yang melibatkan kiraan pendapatan ni.. So anda harus sediakan tools yang sesuai kepada prospek. Tanpa tools ini prospek anda akan blur-blur.. Kalau blur-blur macam mana nak jana pendapatan? Macam mana mereka nak menggerakkan network anda.. Betul tak..?

Ini antara contoh yang boleh membantu network anda..

Buku panduan percuma


Cuba dapatkan buku panduan lengkap yang network anda mudah faham.. Pastu murah sebab anda nak bagi mereka secara percuma je.. Banyak ada di pasaran, time preview kat HQ pun ada orang jual. Anda boleh dapatkan disana..

Mudah bila mereka ada buku ni, senang nak rujuk bila ada apa-apa yang musykil. Kalau boleh cari yang pocket size, mudah untuk dibawa kemana-mana..

Flyers percuma


Flyers ni pun penting, share dengan network anda macam mana cara nak closing ahli baru menggunakan flyers.


Akaun agen topup percuma


Ini yang selalu orang suka terutamanya pelanggan yang sebelum ni guna postpaid. Antara sebab mereka tak nak berpindah kepada prepaid macam Tone Plus ni sebab malas nak pergi kedai beli topup. 

So sekarang ni mereka tiada lagi alasan susah nak topup sebab dengan sistem topup ni, mereka dah boleh topup dimana-mana dan bila-bila masa sahaja. Hanya dengan menggunakan sms, web dan apps untuk topup. 

Selalunya anda perlu jadi dealer baru boleh lantik agen. Banyak kampeni jual topup kat internet. Anda gugel je..


Pos laju percuma


Bagi pelanggan jauh, soalan favourite.. Pos Laju kena bayar tak? So jika anda memang bagi Pos Laju percuma, memang diorang suka lah.. So apa lagi sebab untuk tak beli simkad Tone Plus yang banyak kelebihan ni daripada anda??

Memanglah semua yang saya sebutkan tadi tu memerlukan sedikit modal.. Tapi berbaloi untuk meningkatkan sales anda.. Ataupun anda boleh dapatkan kelebihan-kelebihan tu secara percuma kat sini..


Jika nak daftarkan akaun agen topup kepada pelanggan anda pun boleh, saya akan daftarkan secara percuma.. Just WhatsApp saya 0105055916..



Anda sediakan servis selepas jualan yang tiptop


Ok, ni part yang paling penting.. Mesti ceritakan kepada prospek yang anda tidak akan tinggalkan mereka begitu sahaja selepas jadi pelanggan anda.. Anda akan sentiasa bantu mereka jika ada sebarang masalah dan sentiasa update info-info terkini..

Anda juga perlu buat support group untuk network anda, walaupun pelanggan anda baru ada 5 orang sekalipun.. Buat support group.. Ia bagus untuk pengembangan network.. Ada skill bagaimana nak handle support group ni..

Next post kita sharing lagi..

Semoga anda terus berjaya dan maju jaya..!!

Ingat pesan saya.. Rezeki ni Allah yang bagi.. So jangan berkira dengan Dia.. Kalau Dia 'panggil' solat, jangan berkira, cepat-cepat pergi, tinggalkan kerja dunia tu.. Kalau ada hambaNya yang memerlukan, jangan berkira, cepat-cepat hulurkan bantuan.. 

3 comments:

  1. bisnes toneplus memudahkan saya untuk tambah pendapatan sampingan.. :)

    ReplyDelete
  2. thank you pada Tone Plus sebab memberi peluang kepada saya untuk buat duit dengan handphone kemudian ajar orang lain buat duit dari handphone masing-masing.

    ReplyDelete
  3. Join Mflinkjob lagi baik...komisyen tinggi boleh cecah 50%...tugas kita sharelink website shj...dpt 2 premium ebook lgi.. halal pun halal..senang2 wasap 0193037588 kalau nk deatail atau klik sini je bit.ly/mflinkjobbiz

    ReplyDelete

Powered by Blogger.