Bulan Ramadhan: Full Time Ibadah, Part Time Tone Plus



Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 2016


Alhamdulillah kali ni kita diberi kesempatan lagi untuk berlumba-lumba mengejar pahala yang berlipat kali ganda sebagai bekalan hari akhirat..

Gunakanlah kesempatan ini dengan sebaik-baiknya. Tahun depan belum tentu kita dapat jumpa lagi Ramadhan. Usahkan Ramadhan tahun depan, Ramadhan tahun ni pun belum tentu kita dapat habiskan. Sama-sama kita berdoa agar sihat walafiat dan diberi tenaga untuk beribadah sepenuhnya. Aamiin..

So bagaimana dengan Tone Plus kita..?

Walaupun bulan ramadhan bulan beribadah, tak semestinya Tone Plus dilupakan. Tapi kita ubah strategi sedikit.. Smart & Santai..

Ok, ni antara tips yang saya nak kongsikan:


1. UBAH RENTAK MAINAN


Bagi mereka yang memang full-time buat Tone Plus, teruskan macam biasa. Cuma bulan ni sila spend sedikit masa untuk beramal. Jangan lupa yang pahala dibulan Ramadhan ni lagi besar berkali kali kali ganda nilainya daripada royalti dan komisyen yang kita dapat tu..

Semua rezeki yang kita dapat ni Allah yang bagi, kita sentiasa doa nak yang terbaik, nak pendapatan yang lumayan, nak itu nak ini.. Macam-macam kita minta.. Tapi kita berkira dengan Dia.. Malas nak beramal, buat ala-ala kadar jer.. Agak-agak Dia nak bagi ke apa yang kita minta.. Sendiri mau ingat bro..


Syabas kepada mereka yang memang dah set minda nak fokus kepada ibadah. Tapi jangan diabaikan terus Tone Plus. Peringatan ini juga ditujukan kepada yang dah set minda mereka, bulan puasa ni nak rehat je, puasa kan letih, malas nak sharing maring pasal Tone Plus ni. Tunggu lepas raya baru nak buat balik..

Sayang macam tu bro..! Melainkan bro memang tak berkawan dengan orang sepanjang bulan ramadhan ni..


At least kalau tak closing pun mesti bagitahu semua orang yang..

1. ANDA ADALAH PENGEDAR TONE PLUS

2. RUGI JIKA MEREKA TAK UPGRADE SIMKAD SEKARANG

3. ANDA BOLEH BANTU JIKA MEREKA NAK UPGRADE SIMKAD

4. LEPAS NI JIKA MEREKA BERMINAT, CARI ANDA..!!


4 Perkara ni senang sangat-sangat.. Ada teknik dia.. Kenapa nak kena bagitahu macam tu?

Bisnes simkad ni bukan macam jual gula-gula, orang tak tanya dah gula-gula ni makan macam mana. Macam mana nak bukak, bahaya ke tak bahaya. Kot-kot boleh menyebabkan kematian. Dah beli tu beli lah, anda tak perlu servis mereka. Tak perlu jadi kawan. Pelanggan yang beli gula-gula tak perlukan bimbingan anda..!

Berbeza dengan Tone Plus, ada beberapa kriteria yang prospek akan ambil kira sebelum upgrade simkad mereka. Anda perlukan kepercayaan mereka. Jadi sementara mereka nak percaya dengan anda dan Tone Plus yang tiada tolok bandingannya ni, anda perlu timbulkan minat dan tarikan dalam diri mereka.. ITULAH GUNANYA 4 PERKARA KAT ATAS TU..

So macam mana nak buat?


2. TEKNIK CUCUK JARUM


Ini kalau dalam bahasa omputih namanya Soft Selling Skills. Banyak la strateginya kalau google dalam internet memang bersusun-susun keluar. Ia melibatkan komunikasi, hubungan dan bagaimana kita memahami prospek. Bukan approach prospek secara terang-terangan (hard selling).

Kenapa saya cakap sebelum ni boleh buat secara Smart & Santai..

Ok, esok dah start puasa kan, malam ni mesti bertalu-talu orang hantar mesej ucap selamat.. Selamat menyambut ramadhan.. Selamat berterawih.. Selamat bersahur.. Selamat berpuasa..

Anda juga akan buat benda yang sama. Malah mesti bagi ucapan dan juga mesti reply ucapan yang orang hantar. TAPI cara anda hantar dan reply kena kreatif lah. Sambil menyelam sambil minum air..

Bila anda hantar ucapan, pastikan anda sertakan dengan link web promosi anda.

Kalau nak lagi kreatif buat video ucapan selamat menyambut ramadhan. Tak perlu panjang-panjang sangat. Yang penting dalam video tersebut ada unsur yang kita nak sampaikan. Contohnya pakai baju Tone Plus ke, background Tone Plus ke. Macam ni.. klik gambar untuk lihat video penuh.



Simple je kan, record guna handphone je.. Video ni juga boleh broadcast guna WhatsApp.

Ini contoh jika hantar ucapan bergambar + link.



Untuk pengetahuan semua link ni percuma je. Just daftar dan masukkan gambar anda. Link ni akan bawa prospek anda ke website replika milik anda.





Agak-agak kalau broadcast kepada 100 orang, berapa orang yang klik link tu? Yang klik link tu akan tahu yang anda adalah pengedar Tone Plus. Dah tercapai objektif kita. Jika dia berminat dia akan reply semula tanya..

Teknik ni bukan untuk hantar ucapan je. Untuk reply pun sertakan link. Untuk sharing tips pun sertakan link. Malam ni mesti ramai yang share niat puasa kan? Tengok Tune Talk ni.. Siap buat iklan lagi. Orang akan tengok sebab nak ingat balik ayat niat tu kan. Maklumlah setahun sekali puasa..



Selain sertakan link, jika anda post di Instagram atau Facebook, anda boleh gunakan #hashtag yang berkaitan. Tengok contoh Tune Talk, bila dia buat hashtag #ramadan. Sesiapa je yang buat carian ramadan akan lihat post tersebut. Jadi orang akan lebih kenal Tune Talk.

Lagi satu jika anda belum ada bisnes kad. Tempah sekarang.. Takut nanti terlupa. Raya nanti jumpa ramai orang kan.. Haa.. Faham-faham jelah..

2 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Terima kasih atas perkongsian ini.. Moga kita sama2 menuju kejayaan pada masa akan datang. Insyaallah.

    Jemput singgah erti baru saya di >> imsham.com << perbezaan bisnes program affiliate.

    ReplyDelete
  2. waa! hebat. saya ikut tips ini.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.